WEBINAR : DRAF KELAYAKAN AHLI FIZIK PERUBATAN DI BAWAH AKTA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2016 (AKTA 774)

Pada 23 Mac 2021 (Selasa) yang lepas, PERFEKS telah berjaya mengadakan satu webinar yang julung kalinya dianjurkan oleh PERFEKS sejak pandemik Covid-19 melumpuhkan semua aktiviti sedunia. Webinar tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan respon dan pendapat semua ahli PERFEKS berkenaan cadangan oleh Dr. Hafiz bin Mohd Zin, Ahli Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (Malaysian Allied Helath Profession Council), mewakili profesion ahli fizik perubatan. PERFEKS merasa amat berbangga dapat menghimpunkan lebih kurang 200 ahli fizik perubatan termasuk pensyarah dan pelajar di seluruh Malaysia dalam majlis yang serba ringkas tersebut. PERFEKS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah, semua ahli panel dan urusetia yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan webinar ini.

Pada akhir webinar tersebut, semua peserta telah menjalankan undian samada SETUJU/TIDAK SETUJU terhadap cadangan pelaksanaan ini yang akan membawa perubahan yang begitu besar kepada masa depan profesion. Adakah Malaysia telah bersedia untuk menerima perubahan ini?

Berikut adalah keputusan undian, di mana majoriti sebanyak 65.7% daripada sejumlah 175 orang telah memilih untuk tidak bersetuju dengan cadangan ini. Semoga Dr. Hafiz bin Mohd Zin dan kumpulan kerja beliau dapat mengkaji semula cadangan ini dan mengambil kira semua komen dan pendapat yang telah diberikan demi kesejahteraan dan faedah kepada profesion di masa akan datang.

Published by PERFEKS

Persatuan Pegawai Sains Fizik KKM or Malaysia Medical Physicist Society

Leave a comment